Invest Kelantan mengadakan Misi Pelaburan ke Bangkok, Thailand yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan, Sumber Manusia dan Keusahawanan, YB Nasriff Daud. Misi pelaburan kali ini juga disertai oleh wakil-wakil agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan iaitu PKINK, PMBK, ECERDC dan MIDA.
THAIFEX-Anuga Asia 2024 ialah satu ekspo antarabangsa di mana, sekali setiap tahun, pembeli dan pembekal terkemuka dari seluruh Asia Pasifik dan seterusnya berkumpul untuk pameran perdagangan makanan dan minuman yang paling gah di rantau ini.
THAIFEX bukan sahaja mengadakan pameran perdagangan; ia adalah rang inovasi, rangkaian dan peluang perniagaan luas, maka delegasi Kerajaan Negeri mengambil peluang menghadiri THAIFEX bagi mencari peluang-peluang pelaburan.