Fungsi Jabatan
Mengendalikan pelabur-pelabur yang ingin membuat pelaburan di Kelantan termasuklah mengadakan pra-rundingan bagi permohonan projek bagi membantu para pelabur untuk mendapatkan gambaran awal dan proses-proses berikutnya bagi melaksanakan pelaburan di Negeri Kelantan.
Membuat semakan awal ke atas setiap permohonan pelaburan yang diterima mengikut Senarai Semak.
Memproses dan menilai setiap permohonan pelaburan yang dibuat oleh para pelabur dengan memohon ulasan daripada jabatan dan agensi berkaitan dalam jangka masa segera. Memberikan pandangan teknikal kepada pelabur tentang kebolehlaksanaan projek pelaburan yang dicadangkan.
Memberikan pandangan teknikal kepada pelabur tentang kebolehlaksanaan projek pelaburan yang dicadangkan.
Menganjurkan program-program promosi bagi memperkenalkan peluang-peluang pelaburan di dalam Negeri Kelantan seterusnya bagi menarik dan menggalakkan lebih ramai pelabur ke negeri ini.